Wednesday, April 15, 2009

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Tuesday, April 14, 2009

Bubar Dun Perak jika BN kuat sangat


IPOH, 15 April - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) terkejut dan kecewa dengan kenyataan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di dalam media cetak mengatakan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu sebagai menafikan mahkamah rakyat bagi memilih pemimpin yang bersih dan adil.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salmah Salleh dalam kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kudeta BN Perak, Zambry Abdul Kadir.
Menurutnya, DPPK IT juga kecewa dengan dakwaan pemimpin pemimpin Umno/BN yang mendakwa parti itu mendapat sokongan besar dari orang Melayu, dalam masa yang sama menyifatkan kemenangan calon PAS, Dato' Mohammad Nizar Jamaluddin yang menewaskan calon BN, Ismail Safian di Parlimen Bukit Gantang adalah kerana PAS mendapat sokongan dari orang Cina yang telah terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah PAS dan DAP.
"Keputusan Pilihan raya Kecil Bukit Gantang baru-baru sebenarnya petanda jelas menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu. BN sebenarnya menguasai kerajaan tidak mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri serta membelakangkan undang-undang," katanya.
DPPK IT melihat contoh sebelum ini seperti kenyataan Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali pernah menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Pengkalan Hulu bagi membuktikannya bahawa rakyat tidak menolak BN pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini akan berulang lagi dengan kenyataan yang sama.
"Kita mencabar jika benar-benar BN / Umno masih lagi diperlukan oleh rakyat Perak, Zambry boleh menjemput Nizar sama-sama memohon perkenan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak bagi membubarkan DUN Perak jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang akan menyebabkan pelabur takut untuk datang ke Negeri ini," katanya. - mns

Thursday, April 9, 2009

Permata yANG DI CARI


Permata Yang Dicari
Album : Insan IstimewaMunsyid : NUR AIZUDDIN KARIMAN
Hadirnya tanpa kusedariMenggamit kasih cinta bersemiHadir cinta insan padaku iniAnugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinyaKesopanannya memikat di hatiMendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya AllahJika dia benar untukkuDekatkanlah hatinya dengan hatikuJika dia bukan milikkuDamaikanlah hatikuDengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicariSelama ini baru kutemuiTapi ku tak pasti rencana IlahiApakah dia kan kumilikiTidak sekali dinodai nafsuAkan kubatasi dengan syariat-MuJika dirinya bukan untukkuRedha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah Engkaulah tempat kubergantung harapankuKuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu....AMIN

mutiara KATA

MAKSUD HADITH/SABDA RASULULLAH S.A.W. DALAM
HALAMAN INI DIAMBIL DARI KITAB-KITAB, AKHBAR DALAM
RUANGAN OBOR SUCI DAN MUTIARA KATA YANG LAIN
DALAM BENTUK PESAN BISTARI DARI KALANGAN
PENCINTA AGAMA.
ADALAH SUATU KEMENANGAN BAGI ORANG
MUKMIN YANG BERSEMBAHYANG PENUH KHUSUK
(MAKSUD HADITH)
RELA MERENDAHKAN DIRI DALAM SESUATU
MAJLIS TERMASUK SIFAT TAWADHU' KEPADA
ALLAH S.W.T.
(MAKSUD HADITH)
LI DAH ORANG MUKMIN MENURUT HATINYA.
BILA DIA HENDAK BERBICARA DIFIKIRKANNYA
DULU SEBELUM DISALURKAN KE LIDAHNYA.
(MAKSUD HADITH)
KAMU HENDAKLAH MENGIKUT ULAMAK, SESUNGGUHNYA
MEREKA PELITA DUNIA DAN LAMPU AKHIRAT.
(MAKSUD HADITH)
CARILAH SERIBU SAHABAT DALAM PERGAULAN,
KERANA SERIBU SAHABAT BELUMLAH BANYAK.
JAUHILAH SEORANG MUSUH, KERANA MUSUH YANG
SEORANG ITU SUDAH LEBIH DARIPADA BANYAK.
(PESAN LUKMANUL HAKIM)

ORANG YANG BURUK DARI UMATKU IALAH
YANG SELALU MAKAN MEWAH, BERPAKAIAN
ANEKA RAGAM DAN SUKA BERCAKAP BESAR.
(MAKSUD HADITH)
TAFSIR AL QURAN DALAM HALAMAN INI DIPETIK DARI KITAB
"AL QURAN DAN TERJEMAHAN".
SURAH AL MUTHAFFIFIIN (ORANG-ORANG YANG CURANG)
INTISARI: ANCAMAN ALLAH S.W.T. TERHADAP ORANG-ORANG YANG
MENGURANGI HAK ORANG LAIN DALAM TIMBANGAN, UKURAN DAN
TAKARAN; CATATAN KEJAHATAN MANUSIA DICANTUMKAN DALAM SIJJIIN
SEDANG CATATAN KEBAJIKAN MANUSIA DICANTUMKAN DALAM 'ILLIYIIN;
BALASAN DAN MACAM-MACAM KENIKMATAN BAGI ORANG YANG
BERBUAT KEBAJIKAN; SIKAP DAN PANDANGAN ORANG KAFIR DI DUNIA
TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERIMAN; SIKAP ORANG-ORANG YANG
BERIMAN DI AKHIRAT TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR.
PENUTUP: SURAH AL MUTHAFFIFIIN MENGANDUNGI ANCAMAN-
ANCAMAN TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR DAN ORANG-ORANG
YANG MELAKUKAN KECURANGAN, DISAMPING ITU MEMBERI JANJI YANG
BAIK KEPADA MEREKA YANG BERIMAN DAN MELAKUKAN KEBAJIKAN.
DI PETIK KESELURUHAN TERJEMAHAN SURAH AL MUTHAFFIFIIN.
KECELAKAAN BESARLAH BAGI ORANG-ORANG YANG
CURANG (YANG DIMAKSUD DENGAN "ORANG-ORANG YANG CURANG"
DI SINI IALAH ORANG-ORANG YANG CURANG DALAM MENAKAR
DAN MENIMBANG.)"
(IAITU) ORANG-ORANG YANG APABILA MENERIMA TAKARAN
DARI ORANG LAIN MEREKA MINTA DIPENUHI, DAN APABILA
MEREKA MENAKAR ATAU MENIMBANG UNTUK ORANG LAIN,
MEREKA MENGURANGI. TIDAKKAH ORANG-ORANG ITU YAKIN,
BAHAWA SESUNGGUHNYA MEREKA AKAN DIBANGKITKAN,
PADA SUATU HARI YANG BESAR, (IAITU) HARI (KETIKA)
MANUSIA BERDIRI MENGHADAP TUHAN SEMESTA ALAM?.
(MAKSUD SURAH AL MUTHAFFIFIIN AYAT 1 - 6)
SEKALI-KALI JANGAN CURANG, KERANA SESUNGGUHNYA
KITAB ORANG YANG DERHAKA TERSIMPAN DALAM SIJJIN
(SIJJIN: NAMA KITAB YANG MENCATAT SEGALA PERBUATAN ORANG-ORANG
YANG DERHAKA) TAHUKAH KAMU APAKAH SIJJIN ITU? (IALAH)
KITAB YANG BERTULIS. KECELAKAAN YANG BESARLAH PADA
HARI ITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN, (IAITU)
ORANG-ORANG YANG MENDUSTAKAN HARI PEMBALASAN.
(MAKSUD SURAH AL MUTHAFFIFIIN AYAT 7 - 11)
DAN TIDAK ADA YANG MENDUSTAKAN HARI PEMBALASAN
ITU MELAINKAN SETIAP ORANG YANG MELAMPAUI BATAS
LAGI BERDOSA, YANG APABILA DIBACAKAN KEPADANYA
AYAT-AYAT KAMI, IA
BERKATA: "ITU ADALAH DONGENGAN ORANG-ORANG YANG
DAHULU". SEKALI-KALI TIDAK (DEMIKIAN), SEBENARNYA APA
YANG SELALU MEREKA USAHAKAN ITU MENUTUP HATI
MEREKA. SEKALI-KALI TIDAK (MAKSUDNYA: SEKALI-KALI TIDAK
SEPERTI APA YANG MEREKA KATAKAN BAHAWA MEREKA DEKAT PADA
SISI TUHAN)
SESUNGGUHNYA MEREKA PADA HARI ITU BENAR-
BENAR TERHALANG DARI (MELIHAT) TUHAN MEREKA.
KEMUDIAN, SESUNGGUHNYA MEREKA BENAR-BENAR
MASUK NERAKA. KEMUDIAN DIKATAKAN
(KEPADA MEREKA)
"INILAH AZAB YANG DAHULU SELALU KAMU DUSTAKAN"
(MAKSUD SURAH AL MUTHAFFIFIIN AYAT 12 - 17)
SEKALI-KALI TIDAK, SESUNGGUHNYA KITAB ORANG-ORANG
YANG BERBAKTI ITU (TERSIMPAN) DALAM 'ILLYYIN (ILLYYIN:
NAMA KITAB YANG MENCATAT SEGALA PERBUATAN ORANG-ORANG YANG
BERBAKTI).

BERITA BAIK

Harap anda mengetahui berita tentang surat khabar Denmark yang telah mempermainkan kekasih junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang hingga sekarang mereka langsung tiada kekesalan. Semoga mereka merasa kekesalan mereka kali ini! Denmark ambassador, perdana menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk hentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim seluruh dunia sejak bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus boikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO! Jangan biarkan mesej ini terhenti di sini sahabatku. Please forwardkan kepada seberapa ramai muslim yang ada.Saya meminta anda sebagai seorang muslim juga.Muhammad SAW pasti akan bertanyakan anda .....

NiLai TuDung WaNiTa


NiLai TuDung WaNiTa... Di sini ingin disentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

RUNTUHNYA INSTITUSI KEKELUARGAAN PENYEBAB PENINGKATAN MASALAH SOSIAL

Kebelakangan ini seringkali kita melihat dan mendengar akan masalah remaja di media massa dan media elektronik. Masalah bohsia, bohjan, pergaulan bebas dan vandalisme adalah sekelumit masalah yang menjadi perhatian kita pada hari ini. Tahukah kita bahawa ramai anak gadis kita seawal umur 13 tahun sudah pun mengandung anak luar nikah. Masalah ini bukan sahaja terjadi di kawasan Bandar malah menjadi trend kepada anak-anak muda di kawasan luar Bandar. Mengapa masalah ini semakin menjadi-jadi??? Adakah kegagalan dasar pendidikan Negara yang gagal untuk membentuk mereka menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan Negara. Adakah kegagalan guru-guru mendidik mereka???? Guru-guru dan dasar pendidikan Negara adalah perkara pertama yang akan dipersalahkan sekiranya masalah ini di perdebatkan. Mengapa??? Walhal banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Contohnya, Keruntuhan institusi kekeluargaan adalah penyebab utama kepada peningkatan masalah sosial dikalangan remaja terutamanya masalah mengandung anak luar nikah. Perkara ini perlu kita sekat supaya tidak menjadi budaya kepada remaja kita pada masa ini kerana akan meruntuhkan lagi nilai dan moral remaja akan datang. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan mereka hidup bebas tanpa sokongan dan panduan daripada ibu bapa. Ibu bapa yang mengalami masalah penceraian juga menjadikan anak mereka sebagai mangsa keadaan dan seterusnya anak-anak terbiar tanpa tunjuk ajar dari mereka. Tahukah anda bahawa masalah ini semakin serius?? Kejadian rogol dan persetubuhan haram bukan lagi perkara biasa dikalangan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini. Seawal umur 13 tahun lagi segelintir pelajar-pelajar ini sudah terlbat dengan kes-kes seperti ini. Adakah kita akan terus melihat anak bangsa kita hanyut dibawa oleh arus pembanggunan yang mengunakan teknologi moden sebagai slogan.