Thursday, April 9, 2009
RUNTUHNYA INSTITUSI KEKELUARGAAN PENYEBAB PENINGKATAN MASALAH SOSIAL
Kebelakangan ini seringkali kita melihat dan mendengar akan masalah remaja di media massa dan media elektronik. Masalah bohsia, bohjan, pergaulan bebas dan vandalisme adalah sekelumit masalah yang menjadi perhatian kita pada hari ini. Tahukah kita bahawa ramai anak gadis kita seawal umur 13 tahun sudah pun mengandung anak luar nikah. Masalah ini bukan sahaja terjadi di kawasan Bandar malah menjadi trend kepada anak-anak muda di kawasan luar Bandar. Mengapa masalah ini semakin menjadi-jadi??? Adakah kegagalan dasar pendidikan Negara yang gagal untuk membentuk mereka menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan Negara. Adakah kegagalan guru-guru mendidik mereka???? Guru-guru dan dasar pendidikan Negara adalah perkara pertama yang akan dipersalahkan sekiranya masalah ini di perdebatkan. Mengapa??? Walhal banyak lagi faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Contohnya, Keruntuhan institusi kekeluargaan adalah penyebab utama kepada peningkatan masalah sosial dikalangan remaja terutamanya masalah mengandung anak luar nikah. Perkara ini perlu kita sekat supaya tidak menjadi budaya kepada remaja kita pada masa ini kerana akan meruntuhkan lagi nilai dan moral remaja akan datang. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan mereka hidup bebas tanpa sokongan dan panduan daripada ibu bapa. Ibu bapa yang mengalami masalah penceraian juga menjadikan anak mereka sebagai mangsa keadaan dan seterusnya anak-anak terbiar tanpa tunjuk ajar dari mereka. Tahukah anda bahawa masalah ini semakin serius?? Kejadian rogol dan persetubuhan haram bukan lagi perkara biasa dikalangan pelajar-pelajar sekolah pada masa ini. Seawal umur 13 tahun lagi segelintir pelajar-pelajar ini sudah terlbat dengan kes-kes seperti ini. Adakah kita akan terus melihat anak bangsa kita hanyut dibawa oleh arus pembanggunan yang mengunakan teknologi moden sebagai slogan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment